<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Zasnku
Nurein
Gild
My Contact
View G_Book | Sign G_Book


Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

blogdrive

Apr 20, 2004
.::Baru nak Update::.

Sudah dua minggu aku terperap di rumah. KErjaku juga tidak disentuhnya. Risau aku dibuatnya. Nak add entry apa lagi. Di rumah bukannya ada internet. MAka, terpaksalah aku biarkan blog aku tanpa update selama hampir 3 minggu. Bukannya aku sengaja membiarkannya tapi, terpaksa. Bukannya tiada cerita yang ingin dicoretkan tapi, masa tidak mengizinkan. Ini pon hari pertama aku ke fakulti semula setelah mengambil cuti selama kira-kira 2 minggu.

Sebenarnya, jika ikutkan naluri hatiku, mggu lepas lagi aku dah teringin untuk kembali ke fakulti untuk menyambung membuat projekku ini. TApi, macam2 aral yang melintang. Biler aku hendak ke fakulti, ada sajer permintaan dari ibuku. Ini pon, terpaksa berkeras. Kukatakan kepada ibuku, sudah 2 minggu aku tak sentuh projekku. NAsiblah ibuku paham. Dia jugalah yang mengejutkanku apabila aku tidak berganjak lagi dari perbaringan pagi tadi. Alhamdulillah ibuku amat memahami.

Sepanjang ketiadaanku ini juga, macam2 perkara yang berlaku. Entah biler blog aku didatangi oleh sahabatku yang amat kurindui pun, aku tak tahu. Alih2 ada sapaan dari dia di chattervbox. Hari ini, aku akan luahkan apa yang berlaku selama dua minggu aku bertapa di rumah. Sebenarnya, bukanlah bertapa sangat. Tapi, byk aktiviti lain yg menyebabkan aku tak dapat hadirkan diri ke fakultiku yang tercinta ini.

Isnin (05/04/2004)

Merupakan hari yang ditunggu2 olehku. PAda malamnya, aku akan mengikut sahabatku untuk ke rumahnya. Saat yang dinanti2kan pon tiba. HAtiku bertambah girang apabila teman lelaki sahabatku yang membayarkan tambangku. Bukan kupinta. Tetapi, apabila kutanya saja dari sahabatku, berapa tambang yang perlu kujelaskan, dia pon berkata : "Tak payahla. "abg ***' belikan tiket. Tak payah bayarlah." Bukanlah keinginanku untuk dibayarkan. Tetapi apabila dikata begitu, maka aku pon berdiam dirilah dari membayarnya.

Selasa (06/04/2004)

Awal2 subuh lagi kami dah sampai di kediaman teman lelaki sahabatku itu. Aku tak terkejut kemana destinasi kami seterusnya kerana telah diberitahu awal2 oleh sahabatku. Sampai2 saja, kami basuh kaki dan terus merebahkan diri di katil. MAsing2 kepenatan. Tapi, sebelum kami tiba di rumahnya, kami telah di check sebanyak dua kali oleh anggota polis di dalam bus. "Tolong keluarkan IC semua!" mak aih! nasib baik aku bawak. Dengan kelat2 mata tuh, aku keluarkan jugalah IC ku. Rupa2nya, menurut sahabatku, sblm itu, bus kami telah di'check' buat pertama kalinya selepas persinggahan kami di Air Hitam, Johor. Tetapi, sewaktu sesi checking dibuat, aku sedang tidur.
Dlm pukul 9 pg, aku terjaga dari lena. Sahabatku telahpon siap mandi. Tinggal masa untuk sarapan sahaja. 'abg ***' balik katanya. Terus aku ke bilik air. Malu pulak biler dikatakan belum mandi. entah kenapa, kepalaku bengal. Mungkin kesan dari tidur selepas subuh.
Tengahari, dalam pukul 1, kami bertiga (termasuk 'abg ***') ke Stesen Bus Temerloh. Tapi, hanya aku dahn sahabatku sahaja yang akan mengambil bus ke Triang. Di stesen bus tersebut, sempat jugalah aku pergi membeli-belah untuk dibawa pulang. Dapat juga aku capai sehelai blouse dan 3 helai tudung. JAdilaaa
Dalam pukul 1.45, kami naik bus untuk ke destinasi seterusnya (rumah sahabat di Felda Purun). Jenuh jugalah perjalanan kami ke sana. Berapa kali aku bertanya kepadanya biler akan turun. Tapi, mmg telah dimaklumkan yang kami akan tiba dalam sejam selepas menaiki bus. Keadaan menjadi kecoh sedikit apabila berlaku satu insiden dimana seorang tua telah terkincit di dalam bus. Namun, kahirnya sampai juga destinasi kami. Aku tersenyum riang kerana akhirnya sampai juga ke kampung halaman sahabatku yang inginku saksikan sendiri panoramanya. Memang indah! Petang itu, kami duduk berbual di belakang rumahnya sambil menyaksikan panorama bukit Kelapa Sawit yang baru saja ditanam anak pokoknya. Saujana mataku memandang. Sahabatku bercerita panjang mengenai masa silamnya. Memang itulah tujuanku datang ke rumahnya. Ingin menyaksikan sendiri apa yang diceritakan olehnya di dalam blognya. Tetapi, aku masih belum puas walau katanya kubur yang dinyatakan hanya bersebelahan dengan rumahnya.

Rabu (07/04/2004)

MAsa yang dinantikan untuk pulang ke kampung halaman tiba jua. Seawal pagi kami dah bangun untuk ke destinasi seterusnya. Seperti yang dinyatakan, aku singgah ke Kuantan. Persinggahanku hanyalah sementara kerana kekangan waktu. Dlm lewat pagi aku tiba dan seawal petang aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman. Keadaan menjadi kecoh apabila waktu bertolakku sudah sampai tetapi aku masih lagi di markas temanku. Kehadiranku di sana hanya ingin melawatnya tetapi, aku terlupa langsung untuk membelikannya buah tangan. Apa lagi, temanku bergegas mengejar bas yang akan ku naiki mengikut jalan pintas. Nak dikatakan kerja bodoh, tak juga. Tapi, bolehla dikatakan kerja berani. Sewaktu di lampu isyarat, bas yang akan ku naiki berada di belakang kenderaan kami. Temanku keluar dari van dan memberitahu kepada pemandu bas yang aku belum naik lagi. Pemandu bas tersebut bersetuju untuk mengambilku di tepi jalan seperti yang dikatakan oleh temanku. MAka, tinggallah aku dan temanku dalam keadaan terdesak sebegitu. KAmi berpisah tanpa apa2 kata. Di dalam bas, aku menunggu panggilan dari temanku itu untuk bertanyakan khabar. Namun, hampa. Teman lain pula yang menghubungiku tetapi talian terputus disebabkan kekangan pada bateri telefonku yang sudah teramat lemah. Perasaan ku amat kecewa dengan tindakan temanku yang tidak menghubungiku itu. Sampaila aku ke rumah pada awal malam.

Khamis (08/04/2004)

Sepatutnya aku memang ingin ke fakulti pada hari ini tetapi aku terhalang disebabkan Johor cuti bersempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Johor. Terpaksalah aku tangguhkan kehadiranku. Niatku untuk menghantar laporan sahabatku kepada penyelia terbantut. LAporanku juga masih belum habis dibuat.

Jumaat (09/04/2004)

Aku nekad untuk ke fakulti pada hari ini. Terlaksana jua. Alhamdulillah. PAgi hari, penyelia kami datang ke tempat praktikal. Aku terkantoi! Waktu dia melangkah masuk, mulutku sedang oenuh mengunyah makanan. Malu betul aku. Juniorku pula sedang membalas emel rakannya. Dua2 kantoi. Tapi, yang paling malu, aku la. Siap makan dalam tempat kerja lagi. Sudah terbiasa. Tetapi, sejak hari itu, aku berazam untuk tidak makan sarapan berbungkus di dalam tempat kerjaku lagi. Jika lapar, aku hanya mengalas perutku dengan roti sahaja.

Sabtu (10/04/2004)

Tarikh untuk menghantar laporan ke penyelia fakulti tamat hari ini. Tetapi, disebabkan masalah printer yang melanda, aku meminta kebenaran untuk menghantar laporanku pada hari ISnin. Alhamdulillah, permohonanku berjaya.

ISnin (12/04/2004)

Sekali lagi printer juniorku buat hal. MAtanya masih belum mampu untuk mencetak laporanku. Terpaksalah aku menggunakan printer di opis rakanku untuk mencetak laporanku. Lewat petang juga baru siap sepenuhnya. Pabila sudah siap, laporanku pula buat hal. Ada beberapa helaian yang perlu di'binding' semula. Log book ku juga penyelia organisasiku (opis lama) yang sign kan. itu pon sebab terserempak dengannya di surau ketika hendak sembahyang semalam. Nasib baik adikku ada di rumah. Dialah yang membantu aku berulang alik menghantar report ini. Pulang dari opis, aku ke kedai 'binding' semula. Tetapi, sebelum itu sempat juga aku pergi mengambil fail2ku di opis lamaku. Bukannya apa, banyak 'paper'ku di sana. MAcamana aku hendak membuat rujukan kalau 'paper' di tempat lain. Adikku hanya menurut. "Aih! Dah macam bos dah! Banyaknyer fail!" Itulah kata2 adikku apabila melihat fail2ku. Tebal2 dan besar2 :)

Selasa (13/04/2004)

Seawal pagi, aku meminta adikku menghantarku ke fakulti untuk menghantar laporanku. Aku terlewat sedikit dari apa yang ku pinta. Aku bertambah lega pabila penyeliaku masih belum sampai dan bawah pintunya menjadi mangsa aku menyelitkan laporanku. Bukannya aku sengaja tetapi keadaan yang memaksa. Selepas sahaja menghantar, kami berdua terus pulang. Aku merehatkan lagi kepalaku buat seketika.

Rabu (14/04/2004)

Hasratku untuk kembali ke fakulti tak kesampaian pabila keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. terperap aku di rumah.

Khamis (15/04/2004)

sekali lahi hasratku untuk ke fakulti dibatalkan kerana kesuntukan masa. Lebih2 lagi awal2 pagi lagi adikku telah mengajakku mengemas bilik. Bermastautin lagi aku di rumah. Tetapi, malamnya aku ke rumah seorang sahabatku kerana satu kenduri arwah diadakan. MAlamnya aku tidur di rumah abangnya di Taman Pelangi. KAu diberi sehelai kain batik oleh ibu sahabatku.

Jumaat (16/04/2004)

Memang sepatutnya aku pulang ke rumah hari ini. Tetapi sekali lagi sahabatku mengajakku untuk melanjutkan percutianku agar dapat mengikutnya ke rumah saudara pada keesokan harinya kerana satu kenduri kahwin diadakan. MAlam ini juga aku serta keluarga kakak sahabatku ke satu warung di ibu kota yang digelar 'Warung 17' untuk makan malam. KEadaan peutku yang telah diisi di rumah menyebabkan aku hanya memesan rojak tauhu sahaja. Mee Hot Plate sahabatku juga tidak dapat aku habiskan. Mungkin sahabatku kecil hati. Tetapi, aku mmg betul2 sudah senak. Anak saudaranya yang merajuk menyebabkan kami terpaksa singgah ke GIANT. Aku juga mendapat habuannya. Memang di hatiku berkenan pada baju tidur di situ. Tetapi aku mengambil sehelai seluar untuk dijadikan buah tangan untukku.

Sabtu (17/04/2004)

Seperti yang dijanjikan, aku ke rumah saudara sahabatku. Sempat lagi bermain mata dengan seorang jejaka. ahaks! Tetapi, aku seakan2 kontrol cute. ahaks! itupon disebabkan aku duduk bertentangan dengan jejaka tersebut. Namun, jejaka tersebut memakai spek hitam. Jadi, tak bolehlah dikatakan kami bermain mata :) Aku terkapsa juga pulang ke rumah setelah penggilan yang dibuat ke rumah mengatakan yang ayahku bising2 kerana aku melanjutkan percutianku. KAkak sahabatku menyuruhku tidur di rumah mereka tetapi aku terpaksa membatalkan ajakan mereka demi memenuhi keinginan keluarga. Aku pulang ke rumah jua walau hari telah menginjak lewat petang. Awal malam sampailah aku ke rumahku.

Isnin (19/04/2004)

Aku mmg ingin k efakulti hari ini. Tetapi ajakan ibuku untuk menurutinya ke bank menyebabkan keinginanku terbantut. Ingatkan hendak datang petang, terik mentari menyebabkan aku membatalkan hasrat. Lebih2 lagi pabila Cuando Seas Mia sudah start di tv.

Dan hari ini, sampailah aku ke fakulti untuk meneruskan projekku itu. Tiada apa sangat aktiviti yang kulakukan melainkan check emel dan membalas testi2 sahabat2ku di friendster. Download data melalui internet merupakan agendaku dan terlaksana jua walau sedikit cuma data yang dapat didownload. Jenguk laman web komuniti sahabat, dan akhirnya mengisi kekosongan blog ku ini.

Posted at 02:28 pm by Zanariah
Make a comment

Apr 1, 2004
.::Happening tak?::.

Happening tak blog kau nih? Tak happening kan? Aku tgk chat box tu pon, cam takde orang singgah jerk selain sorang sahabat aku yang banyak memperkenalkan dunia blog nih kat aku. Camne nak meriahkan lagi blog aku nih sampai leh wat, biler aku bukak pon, cam bersemangat jerk nak coret pape atau explore pape. emmm»

Posted at 05:32 pm by Zanariah
Make a comment

.::Khas Buat Sahabatku::.

Esok, merupakan hari yang terakhir buat kau di sini. Ya! Disini! Di mana tuh? Di tempat praktikal ni lah! Sepanjang menjalani latihan praktik nih, memang kau lah yang aku banyak rujuk, banyak berbual dengan, banyak g mana2 sesama, n banyak lagi lah! Cuma tak tengok wayang sesama jekr. Ahaks! Tu pon biler teringat yg kau pernah kata, "Aku tak pecahkan rekod lagi g tengok wayang." membuatkan aku batalkan hasrat tuk ajak kau pegi tengok wayang.

Entahlah! Berat sungguh tuk aku lepaskan kau pergi. Terpikir aku, camanalah aku nanti. Tinggal sensorang kat sini. Sebelum nih, memang aku tak nafikan tiada sesiapa yang banyak aku luahkan masalah aku kecuali kau dan seorang lagi sahabatku di Tecno Park dan ex-rumate aku yang sedang prac di KL. Yang membuatkan aku bengan, aku baru jerk ditempatkan di sini. Kau pulak yang akan pergi meninggalkan aku. Pastuh, kalau diizinkan, aku pulak yang anto kau ke rumah. Insya-Allah! Doakan aku agar dapat balik sama2 ngan kau ke kampung halaman kau. Aku pon tak pasti, padahal kita baru jer berkenalan selama dua sem, tapi, cam dah kenal lama jerk. Sifat kau amat menyenangiku. Aku pon tak tahu. Tidak timbul langsung perasaan hasad aku kat kau. Aku tak iri langsung kat kau. Banyak buat aku belajar suatu yang baru ada lah! Mana sahabat2 aku yang lain aku pon tak tau. Tapi, aku paham. diorang sibuk dengan study. So, aku memang tak boleh kacaulah. Apa2 pon, aku amat menyenangimu sahabatku.

Sejak aku berkenalan denganmu, banyak yang aku belajr. Sebelum ni, aku makan sensorg. Sblm ko, ex-rumate aku pon ada wat camtuh. Dia gak ada mengajar aku sesuatu yang lain. Kita akan pergi kafe, beli tuk dua org makan. Best kan? Aku rasa best sgt! Jimat! Lbh2 lagi time kiter tgh sengkek2 nih. Aku rasa, sem depan cam nak g beli makanan ngan kau jerk. Time tgh ari, aku akan peruntukkan masa ngan kau. Tapi, aku takut, bila kau dan aku busy, masing2 tak terjaga makan dan minum. Yelah, sem nih, kita prac, sistem ngan projek yg dibangunkan pon, taklah banyak cam time study. Time study, mana nak ingat kuiz, test, assignment, dan macam2 lagi. Tapi, aku rasa, aku akan amat merindui kau time makan tengahari. Harap2 bilik kita tak jauh sangat sem depan. Leh g makan sesama. Tapi, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Harap2 jugak, time cuti nanti, kau online yerk! Koz dengan blog kau ni jugak la aku dapat tau camana ngan keadaan kau kat sana.

Buat sahabatku, halalkan makan dan minum aku, tidur pakai, minyak motor dan banyak lagi. Agak2lah, siapa sahabat aku yang kau maksudkan ni yerk? Aku rasa, dah banyak dah klu yang aku bagi kat atas, aku rasa, sahabatku ini pasti perasaan siapa yang aku maksudkan. Moga kita sama2 berjaya dan dapat grade dengan jayanya. Kau jugak banyak mengajar aku erti 'KESUNGGUHAN'.

Lepas kau baca blog aku nih, jangan pulak kau wat malu2 kucing kat aku. Wat2 cam biasa jerk. OK! Aku amat menyenangimu.

Posted at 05:09 pm by Zanariah
Make a comment

Mar 30, 2004
.::Half Day::.

"Nurein, arinih aku ingat nak half day laaa..."
"Kenapa? Tu haaa...aku nak belikan abg aku borang SPACE tuh...pastuh adik aku tuh nak soh blikan rehal laaa...pastuh nak ikut skali lak tuh...ntah pape jer..."
"Emmm...K laaa..."
"Camne aku nak g Tmn U ekk nurein? Ni yg aku benci nak pk kalo nk g Tmn U nih..."
"Emmm ko nak pegi SPACE je kan? kalo stakat kat situ, aku leh ar tolong antokan..."
"Emmm...tolong heh nurein...:)"
"Emmm...boleh! Kalo kat SPACE tuh bolehlah...kalo nak naik bukit tuh...aku cam takut sket...brek aku tak makan..."
"Emmm..mekaseh nurein..."

Sejak 4 hari aku dok ngan ko kat sini, aku rasa best sangat! Kemana2 kiter berdua jerk. Camnelah biler ko dah abis nanti nurein...mesti aku terkontang kanting kat sini...terpaksalah berbaik lak ngan dak2 junior kat sini...tapi, takpe...aku ok ngan dak2 sini...peramah2 sumer...

Aku bermonolog...Ops! Lupa nak bgtau...skang nih aku di sebelah nurein...kitorang dah disatukan semula setelah dipisahkan selama 5 bulan...:D

Hatiku girang! Nurein pun gitu gaks...Slalu ajak aku tido bilik dia...Sian dia...bukannya aku tanak tido...tapi, aku ada hal kat gumah...yg membuatkan aku tersekat tuk berjalan2 biler time malam...aku kena wat dari kol 8 sampai 9. Maksudnya, sejam aku kena peruntukkan masa tuk wat menda tuh...soriyer nurein...mesti dia perlukan orang tuk berbual...Nantilah...aku temankan ko ari jumaat nih ker...heh? :D Koz aku kena ada komitmen tuh dari ari Ahad malam Isnin sampai Khamis malam Jumaat jerk. :D

"A'kum, aku nak anto tv nana kat gumah ko. Aku nak anto siang. Esok aku nak balik"

Seorang sahabatku menghantar mesej mengatakan hendak menghantar tv ke rumahku hari ini. Aku menyuruhnya datang saja ke rumahku memandangkan ibuku juga sudah mengenalinya. Rindu rasanya untuk berbual dengan sahabatku itu...

Sebelum ini aku ada nyatakan, bahawa susah untuk menentukan yang mana sahabat, teman, kawan dan rakan kan? Tapi sekarang, aku rasa, tak perlulah aku gelarkan perkataan itu untuk mengkelaskan jenis2 sahabat. Mulai hari ini, semua rakan, teman, kawan serta sahabat akan ku gelar mereka dengan SAHABAT! Merekalah yang bersama denganku tika aku senang dan susah...

Posted at 10:26 am by Zanariah
Make a comment

.::Mintak2la Dia Lupa::.

"Eeee takutlaaa...doa2la sv kiter tuh lupa tuk tgk kiter demo yerk..."
kata temanku...
"yelah...aku pon takut jugak...ntah apa2 jerk nak demo kat dia...aku tak ready laa..."
"nanti ko doa2la supaya dia lupa yerk..." kata temanku lagi
"emmm..."

bukannya kami taknak demo sebab tak buat kerja...tapi, kerja yang dibuat tuh...takut tak menepati spesifikasi yang dia nak...pastuh kena bang! lagi sakit! pastuh buatnya dia panggil orang2 beso...sv organisasi aku yg kat technotuh...lagi haru! pastuh dia soh wat balik...adussss!

xtaula camne nih...surface yg aku wat tu lak...ada error...takleh run...hei...camne esok nih!

tulah! sape soh tak bayo elaun kitorang! :D tapi, kitorang tetap wat gak keja tau!

Posted at 10:17 am by Zanariah
Comments (2)

Mar 26, 2004
..::Salam Muhibbah::..

Assalamualaikum...

Ini merupakan entry first ana kat blogdrive nih. Harap2, kenkawan kat sini sudi2lah menjenguk ke blog ini yerk.

"Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, ana merasmikan pembukaan blog ini."
Silalah...sila!
:)

Posted at 10:24 am by Zanariah
Make a comment